Thursday 28 March 2013

Kita Suka Makan Benda Tak Elok

Tumblr_mk2jhhdz1c1s3h4dao1_400_large
argue with yourself

Dulu masa kecik kecik mama cakap saya kurus.Lepas naik berisi gemuks gemuks.Lepastu bila dah sedar diri ni gemuk mulalah nak berdiet.Sampai tak makan malam.Lepastu nangis duduk dalam bilik sebab lapar.Mama kesian,mama buatkan milo.Lepastu mama temankan makan dekat dalam bilik.Sebab nanti bila makan dekat luar nanti abang dengan kakak ejek.Jahat betul mereka berdua.

Dulu tak suka masuk dapur.Bila mama masak beria-ia buat kerja supaya mama tak minta tolong.Kadang-kadang main PS2 dekat bilik siap kunci.Lolol.Sampai satu masa tinggal rumah berdua dengan mama sebab kakak pergi tusyen.Lepastu pergi dapur tengok mama masak,saja cakap dekat mama macam ni 'Maaa,nak tolong' "Tolong apa?" "Tolong kacau.Hehehe" *mengharapkan mama ingat kacau lagi satu sebab terpengaruh dengan tv.lol.Lepastu mama hulur senduk suruh kacau kuah dekat dalam periuk tu.Hahahaha.Lepastu berpeluh peluh kacau.Sejak daripada tu suka masak :')))

Sebenarnya dulu terasa gemuk bila tengok peha getting big. Ouhh.Lepastu beria-ia diet.Tapi macam tu je.
Rupanya selulit.

Ok Ok dah melencong sangat ni,
Dulu *sekarang juga* Setiap hari sabtu.Memang hari makan luar,dari pagi sampai malam.Yelah masa tu je family dapat luangkan masa.Hari ahad tu masing masing sibuk nak keluar spend time masa dengan kawan pula.

Selalunya pagi sabtu mesti bangun daalaam pukul 8.Selalu sangaat burn solat.Kadang kadang bila lepas solt,mama kata jangan tidur.Tapi baring dekat depan ruang tamu tutup muka dengan bantal,akhirnya terlena juga kehkehkeh.Jadi pukul 9 satu family akan bersiap untuk ke kedai makan.Ya kami memang breakfast lambat.Kadang pukul 11 baru nak breakfast lololol. Selalunyaa akan order roti canai,nasi goreng+ayam goreng.Ya,pagi-pagi menu dah berat.Berminyak pulak tu!

Bila balik dari breakfast selalunya singgah maana-mana stall beli junk food.Bila tengahari suka makan western mesti nak yang sizzling takpun deep fry macam fish and chip.Berminyak lagi.Malam pula makan yang side dinner set maacam ikan masak 3 rasa,kailan goreng,udang goreng tepung.Berminyak lagi.Kadang-kadang singgah KFC beli dinner plate 2 kotak. haihhh

Kadang kadang sick of myself.sebab tak reti nak control.Bila dah gemuk mama pula tukang dengar cerita lara dalam hati ni.Sedih.Pilu hati rasanya u_u

Elakkan Makanan Bergoreng : Kadang -kadang kalau dekat sekolah sangat susah nak elakkan.Tapi terpaksa.Nak boleh,Tapi jangan selalu.

Jadikan Buah-buahan as Snek : Ya,kena tukar.Cuba potong buah tu kecil kecil lepastu letak yougurt! dapnyaaaaaa.

Masak Secara Sihat : Pernah tengok iklan 'kukus grill panggang kukus' hahaha.Okey masak macam tu lagi sihat daripada deep fry!! Kalau nak goreng cer guna air fryer.

Kurangkan Minyak Dalam Makanan : Pernahke makan roti canai takde minyak ? Pernah ke.Tak pernah langsung.So cuba tukar.Sekali skala makan rot bakar pun okey!

Pilih Makanan Yang guna Minyak dalam kuantiti yang sedikit : Boleh bezakan makanan kurang minyak atau banyak minyak.Kalau tengok kari tukan.Boleh tengok minyak dia terapung-apung.Hishh

Tapi kalau setakat diet dari segi makan takde usaha tak boleh juga. Jadi marilah sertai Nestle Fitness on 7 April at I-City Shah Alam. :))

No comments:

Post a Comment